FAQ
1.
Apakah syarat-syarat kelayakkan
untuk memasuki program
paramedik?
Bagi pemohon yang berminat
untuk memasuki program
paramedik perlulah kredit
dalam mata pelajaran Matematik,
Sains dan lulus dalam
mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
2.
Bagaimana pula dengan
program pengurusan?
Pemohon hanya perlu
3 kredit dalam mana-mana
mata pelajaran
3.
Adakah pihak kolej menyediakan
pinjaman untuk membuat
bayaran yuran pengajian?
Pemohon boleh memohon
pinjaman PTPTN untuk
menjelaskan yuran pengajian.
4.
Bagaimana cara memohon
pinjaman?
Bagi mereka yang tidak
pernah memohon PTPTN
hanya perlu mengisi
borang permohonan dengan
lengkap. Manakala bagi
yang pernah membuat
pinjaman PTPTN perlu
menjelaskan pinjaman
terdahulu sebelum membuat
permohonan semula.
5.
Berapakah jumlah pinjaman
yang diberi kepada pemohon?
Untuk setiap program
pengajian pihak PTPTN
akan memberi pinjaman
sebanyak RM 60,000 untuk
3 tahun untuk program
paramedik. Untuk program
pengurusan pula sebanyak
RM 12,500 untuk program
2 tahun setengah.
6. Bagaimana dengan
proses pembayaran semula?
Proses pembayaran semula
boleh di buat setelah
pelajar tamat menjalani
pengajian dan telah
mendapatkan pekerjaan.
7.
Bagaimana dengan peluang
pekerjaan?
Pihak kolej akan mengaturkan
temuduga pelajar yang
telah tamat pengajian
dengan hospital swasta
mahupun kerajaan dan
ini bergantung kepada
kreadibiliti pelajar
apabila menjawab soalan
penemuduga untuk mendapatkan
pekerjaan.
8.
Adakah terdapat peluang
untuk menyambung pengajian
ke peringkat lebih tinggi?
Bagi pelajar yang mendapat
HPNG 3 pointer keatas,
boleh memohon melanjutkan
pelajaran ke program
sarjana muda di universiti
tempatan ataupun di
Universiti Airlangga
di Indonesia.
9.
Adakah kolej ini mendapat
kelulusan?
Kolej Islam Sains dan
Teknologi telah mendapatkan
kelulusan Lembaga Akreditasi
Negara (LAN) dan Jabatan
Pendidikan Swasta (JPS).
Selain daripada itu
pihak kolej juga telah
mendapat kelulusan daripada
Lembaga Jururawat Malaysia
(LJM) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)
bagi menjalankan program
paramedik.
10.
Adakah tenaga pengajar
disini berkelayakkan?
Tenaga pengajar di KIST
merupakan tenaga pengajar
yang berkelayakkan dan
berpengalaman selama
belasan tahun didalam
bidang paramedik.
11.
Adakah program pengajian
di KIST secara teori
sahaja?
Setiap pelajar di KIST
akan menjalani proses
pembelajaran secara
teori dan praktikal
dimana kita mempunyai
makmal latihan sendiri.
12.
Adakah tempat praktikal
ditetapkan dan terhad?
Pelajar boleh memilih
negeri mana yang diingini
untuk menjalani latihan
praktikal dan pihak
kolej akan menghubungi
hospital di negeri tersebut
untuk menentukan kekosongan.
Ianya terhad kepada
keperluan hospital.
13.
Bagi yang tinggal di
luar kelantan adakah
terdapat kemudahan asrama?
Pihak kolej menyediakan
kemudahan asrama bagi
semua pelajar dan pelajar
juga diwajibkan tinggal
di asrama. Selain itu
pihak kolej juga menyediakan
Cyber Cafe, kemudahan
pengangkutan, perpustakaan
dan banyak lagi.
14.
Bagaimana ingin memohon?
Untuk mereka yang memenuhi
syarat-syarat permohonan
paramedik bolehlah datang
ke KIST untuk menjalani
Ujian Bertulis dan program
Temuduga. Manakala bagi
program pengurusan pula
hanya perlu menghantar
sampul surat beralamat
sendiri beserta setem
beserta wang pos sebanyak
RM 10.00 diatas nama
ILMU & HIKMAH SDN.BHD.
15.
Apakah yang perlu dibawa
untuk temuduga?
Pemohon perlu membawa
• Salinan SPM yang disahkan.
• Salinan kad pengenalan
pemohon, ibubapa / penjaga.
• Salinan Slip Gaji
/ Borang J ( Bagi yang
tidak mempunyai pendapatan
tetap, sila sertakan
surat akuan pendapatan
yang telah disahkan
oleh ketua kampung atau
pegawai Kumpulan A)
• Wang proses sebanyak
RM 40 ( Paramedik) &
RM 15 (Pangurusan) di
atas nama Ilmu &
Hikmah Sdn. Bhd.