
PENGENALAN
Jabatan
Diagnostik Radiografi
ditubuhkan pada bulan
Mac 2005.
Jabatan ini diketuai
oleh Tn. Hj Muhammad
b. Abd Rahman selaku
penyelaras program.
Jabatan ini turut dibantu
oleh lima orang pensyarah
sepenuh masa yang terlibat
secara langsung dalam
melatih para pelajar
dalam bidang ini.
PERANAN
Jabatan
Diagnostik Radiografi
berfungsi untuk melatih
dan melahirkan para
pelajar yang mahir dalam
bidang pengimejan ini.
Selain
itu, jabatan ini juga
berfungsi untuk melahirkan
pelajar yang dapat memberi
perawatan yang selamat
dan kompeten lagi beretika
kepada individu, keluarga
dan masyarakat dengan
menerapkan pengetahuan,
mempamerkan kemahiran
yang cekap, sikap penyayang
dan mempunyai iltizam.
OBJEKTIF
*Menyahut
seruan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang meminta
agar Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS)
turut membantu dalam
menangani masalah kekurangan
tenaga paramedik pada
masa kini.
*Melahirkan
graduan radiografi yang
mahir dan berketrampilan
selaras dengan keperluan
ummah dan negara.
*Melahirkan
graduan yang kompeten
dan diiktiraf oleh badan-badan
professional radiografi
di dalam dan luar negara.
|
|
MISI
1.Untuk melahirkan tenaga
kerja yang berkualiti,
kompeten
dan berkelulusan mengikut
piawaian Kementerian
Kesihatan Malaysia.
2.Melahirkan graduan
yang mempunyai sahsiah
yang baik.
3.Menawarkan sedaya
upaya kualiti pendidikan
yang efisyen
dan berkesan serta pengurusan
yang cemerlang.
VISI
Beriltizam
untuk menjadikan KIST
sebagai satu contoh
institusi pendidikan
yang terulung dan penyumbang
ketamadunan serta peradaban
sejagat.
KIST
berazam untuk melahirkan
juru x-ray yang berpengetahuan,
kompeten yang boleh
berfungsi dengan efektif
di hospital komuniti
untuk meningkatkan taraf
kesihatan penduduk.
HALATUJU
Atas
nisbah 1:10,000 penduduk,
keperluan pada tahun
2020 ialah seramai 2,000
orang Juru x-ray.
Jumlah Juru x-ray yang
sedia ada pada tahun
1992 ialah seramai 481
orang (seluruh Malaysia).
Mereka adalah berkelulusan
Sijil Radiografi dan
bertaraf Diploma.
Rasional utama bagi
penubuhan program ini
ialah untuk menambah
bilangan Juru x-ray
di negara ini.
|