Syabas
dan tahniah di atas kejayaan pegawai-pegawai
KIST menghasilkan laman web ini sebagai satu
jambatan era baru kegemilangan KIST. Sememangnya
penghasilan sebuah agenda bermotif seperti
ini adalah penting dalam sesebuah badan organisasi
kerana ini dapat mengambarkan wajah sebenar
kemantapan dan keberkesanan perancangan yang
dijalankan.
Sebagai
sebuah IPTS yang sedang membangun dalam era
globalisasi ini, adalah amat penting dicipta
dan dilaksanakan satu sIstem pengurusan terunggul
dan terbaik bagi menghadapi pelbagai fenomena
baru yang dijangka timbul sebagai satu tunas
cabaran baru Institusi Pengajian Tinggi. Kegigihan
dan niat yang suci dapat membantu memupuk
satu mutu kerja yang dinamik disamping menghasilkan
output kerja yang berpotensi tinggi.
Para
pelajar dituntut melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
usaha melahirkan generasi berilmu yang bijaksana
dan berdaya saing. Pada zaman yang mementingkan
ilmu pengetahuan, kombinasi yang mantap antara
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran sangat
diperlukan.
Sesungguhnya
kecemerlangan sesuatu bangsa dan kaum memerlukan
banyak pengorbanan yang tidak mengenal erti
putus asa bagi melangsaikan hutang generasi
akan datang. Melahirkan masyarakat yang kreatif
dan kritis adalah tanggungjawab bersama dan
KIST yang sedang aktif ke arah usaha itu yakin
dan optimis dengan kepercayaan yang diberikan
masyarakat sekarang sebagai sebuah IPTS yang
berjaya mampu memikul tanggungjawab bersama.
Sekian dan salam takzim.
“Keunggulan,
Kecemerlangan & Kegemilangan”
ZAIDI
BIN YUSOF @ JUSOH
Ketua Pegawai Eksekutif /Chief Executive Officer
(CEO)
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)