Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Psikologi
Pengajian Islam
Sains Komputer
Lain-lain Kursus
 
 
 

  Kemudahan

 
  Program Pengajian  
 
  ▪▪ Diploma Pembantu Perubatan  
  ▪▪ Dip. Diagnostik in Radiography  
  ▪▪ Diploma Kesihatan & Kecergasan  
  ▪▪ Diploma Pengajian Syariah  

  ▪▪ Diploma Psikologi

  ▪▪ Diploma Sains Komputer

 
  Kemudahan Praktikal  

  Kerjaya

 

  Email

 

  Hubungi

 
   
   
   

DIPLOMA PSIKOLOGI-KP/JPS (KN3459)09/08

 

PENGENALAN

Membina jatidiri pelajar dengan memberi motivasi dan bimbingan agar berkemampuan dalam menguasai ilmu-ilmu pokok dalam bidang psikologi. Kursus ini juga memberi pengukuhan kefahaman pelajar tentang teori psikologi, sejarah perkembangan, dan membina keterampilan pelajar melalui latihan amali agar pelajar mampu mempersiapkan diri, fizikal, dan mental untuk memasuki alam pekerjaan.

TELAH MENDAPAT KELULUSAN AKREDITASI PENUH OLEH MQA

PERLAKSANAAN KURSUS

Sistem pengajian dikendalikan secara sepenuh masa. Jangka masa kursus pengajian adalah minimum selama 2 ½ tahun dan maksimum selama 4 tahun. Jadual di bawah menunjukkan sistem semester yang menjadi amalan/lazim dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Diploma Psikologi di KIST.

Semester
Bil Semester
Bil Minggu
Sepenuh
Masa
Sepenuh
Masa
Sepenuh
Masa
Sepenuh
Masa
Semester Panjang
4
14
 
Semester Pendek
2
7
 

SYARAT KELAYAKAN

LULUS SPM/ SPMV. Calon mestilah LULUS Bahasa Melayu serta mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU mana-mana sijil yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

YURAN

Yuran keseluruhan untuk 1 1/2 tahun adalah RM 15,086.00 merangkumi:

  • Yuran Pengajian
  • Penginapan (1/2)
  • Pengangkutan
  • Makmal komputer, Makmal Keterampilan, perpustakaan dan lain-lain.

Untuk pendaftaran pelajar perlu membayar RM 600.00

PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:

  • PTPTN
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat

    PROSPEK KERJAYA PSIKOLOGI

    Calon pelajar yang mengikuti kursus program Diploma Psikologi mempunyai prospek kerjaya yang amat luas. Calon pelajar juga digalakkan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi menempatkan diri dalam bidang-bidang berikut. Calon pelajar boleh menceburi bidang kerjaya ini sama di agensi kerajaan atau agensi swasta. Antara bidang kerjaya yang berkaitan dengan ilmu Psikologi ini boleh dipecahkan mengikut bidang seperti berikut:-

    1. Bidang kaunseling
    - Kaunselor di sektor awam & swasta
    - Perunding Kerjaya
    - Motivator
    - Pengawai Antidadah
    - Pegawai Rundingcara

    2. Bidang Industri & Organisasi
    - Pegawai Sumber Manusia
    - Pegawai Personel
    - Pegawai Latihan
    - Pegawai penyelidikan
    - Pegawai Pembangunan
    - Pegawai Perangkaan

    3. Bidang Sosial
    - Pegawai/pekerja Sosial
    - Pegawai Kebajikan Masyarakat
    - Pegawai Pembangunan Penduduk

    4. Bidang Perkembangan
    - Pengajar/ Guru / Pegawai bagi Pendidikan Khas
    - Pakar Perkembangan Kanak-kanak
    - Pegawai Perunding Keluarga
    - Pegawai Rundingcara

    5. Bidang Klinikal/Abnormal
    - Pembantu Pegawai Perubatan di Jabatan psikiatri
    - Ahli Psikoterapi.
    - Ahli Psikiatri
    .

 
 
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)
Kampus Utama Ibnu Sina
Lot 1798-1800 Mukim Telong
16300 Bachok
KELANTAN
Tel : 09-778 7323 Fax : 09-778 7333