Laman Utama | MyKIST|Maklumat Korporat |Kampus| Pengurusan|Akademik|e-Pelajar| e-Staf |Koleksi|Aplikasi|FAQ
 Utama>>Pengurusan>>Jabatan Pembelian                                                                  

  
PENGENALAN
Jabatan Pembelian merupakan sebahagian daripada organisasi di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) yang berfungsi sebagai pembekal bahan-bahan kegunaan kepada setiap jabatan dan menyediakan kemudahan / infrastruktur di dalam kolej.

Aktiviti-aktiviti Jabatan Pembelian adalah merangkumi pembelian dan pengurusan bahan-bahan & inventori.


OBJEKTIF
Objektif kertas kerja ini adalah untuk menyatakan halatuju jabatan, menyatakan perancangan dan pelan perlaksanaan dalam pengurangan kos, peningkatan produktiviti dan keperluan kewangan sepanjang tahun 2006, selain daripada itu juga pihak pengurusan dapat melihat peracangan serta perkembangan jabatan ini dari masa ke semasa

PERANAN JABATAN

Skop kerja jabatan pembelian tidak hanya berkisar kepada aktiviti pembelian sahaja. Berikut dinyatakan secara jelas skop kerja yang dilakukan oleh kakitangan jabatan.

Permintaan bahan dari jabatan-jabatan
Mencari Pembekal
Permintaan Untuk Sebut Harga / Tender
Menerima Sebutharga
Pemilihan Sebutharga
Pemilihan Pembekal
Pengeluaran Pesanan Belian
Penerimaan Bahan Yang Dipesan
Penyimpanan Bahan
Pengagihan
Penyelenggaraan Stor


   
   

HALA TUJU / MATLAMAT JABATAN

 (a) Menyediakan inventori yang secukupnya bagi   memenuhi permintaan setiap jabatan dan mencapai   keberkesanan kos.

 (b) Memberikan kemudahan kepada jabatan-jabatan lain   dengan menyediakan bahan-bahan keperluan untuk   melicinkan aktiviti-aktiviti organisasi.

 (c) Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang   sempurna di dalam organisasi.

 (d) Mencari seramai mana pembekal yang sesuai dalam   memberi peluang yang lebih besar dan meningkat   pilihan kepada organisasi bagi mencari pembekal yang   terbaik dari segi harga dan kualiti bahan

 (e) Menyediakan sistem kawalan inventori

 (f) Merealisasikan matlamat KIST untuk menjadi kolej   yang kompetitif di Malaysia

 h) Menyediakan dan melengkapkan keperluan untuk   jabatan pembelian


 

 
Maklumat Umum

Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)
Kampus Utama Ibnu Sina
Lot 1798-1800 Mukim Telong
16300 Bachok
KELANTAN
Tel : 09-7787 323 Fax : 09-7787 333
emel : info@kist.edu.my

 

   

Powered by © 2006 IT Department | Designed by Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)
Best Viewed with (1024 x 768)