PENGENALAN
Jabatan
IT & Multimedia
adalah sebahagian
daripada organisasi
di Kolej Islam Sains
& Teknologi (KIST)
yang berfungsi untuk
melancarkan kerja-kerja
di dalam organisasi
dan dikendalikan oleh
5 orang kakitangan.
Pada
masa ini Kolej Islam
Sains & Teknologi
(KIST) memiliki sebuah
makmal komputer yang
mula beroperasi pada
9 Oktober 2005 khusus
untuk kegunaan pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan.
Makmal komputer ini
telah dilengkapi dengan
perkakasan dan perisian
dalam usaha menambah
pengetahuan dan kemahiran
pelajar di bidang
teknologi maklumat.
Terdapat
sebanyak 29 buah komputer
untuk pelajar dan
5 buah komputer khusus
untuk kegunaan staf
termasuk sebuah server.
Makmal komputer juga
dilengkapi dengan
sistem rangkaian bagi
memudahkan pelajar
menggunakan khidmat
internet dan print.
Selain daripada itu,
makmal komputer juga
menyediakan khidmat
fotostat kepada para
pelajar. Masa perkhidmatan
makmal adalah di antara
pukul 8.30 pagi hingga
5.00 petang. Makmal
ini akan ditutup pada
hari Jumaat dan Sabtu
serta hari-hari kelepasan
am.