olej
Islam Sains &
Teknologi ( KIST )
adalah salah sebuah
pusat pengajian tinggi
swasta atau Institut
Pengajian Tinggi Swasta
di Kelantan. KIST
merupakan IPTS milik
penuh bumiputera.
KIST dikendalikan
oleh Syarikat Induk
At Qah Holdings Sdn.
Bhd memiliki modal
berbayar dan dibenarkan
RM 1 juta. KIST telah
didaftarkan sebagai
Institut Pengajian
Tinggi Swasta oleh
Jabatan Pendidikan
Swasta pada tahun
1998.
Ia mempunyai pelbagai
ciri-ciri faedah sebagai
sebuah institusi ilmiah
yang menyediakan pelbagai
skop peluang pendidikan
melalui penyelidikan.Selain
daripada itu, ia juga
menepati ciri-ciri
dan tahap kualiti
piawaian pembelajaran
yang tinggi serta
mempunyai kepelbagaian
kemudahan yang berkualiti
untuk keperluan akademik
dan harian pelajar-pelajar.
KIST
menawarkan pengajian
sepenuh masa bagi peringkat
diploma. KIST akan sentiasa
meningkatkan & mengembangkan
cabang pendidikannya
baik dalam bidang akademik
mahupun profesional
ke tahap yang lebih
tinggi pada masa hadapan.
Ini adalah selaras dengan
misi dan visi KIST yang
sentiasa beriltizam
dan mempunyai inisiatif
untuk meningkatkan kualiti
dan lebih progresif.
Perlaksanaan ini akan
dijalankan melalui kursus
secara intensif, kursus
separuh masa, program
berkembar dan juga kursus
berasaskan teknikal.
Ini adalah selaras dengan
polisi kerajaan yang
sentiasa cuba melahirkan
lebih ramai individu
tempatan yang berkemahiran,
berdayasaing, terlatih
dan berketrampilan.
|