Laman Utama | MyKIST|Maklumat Korporat |Kampus| Pengurusan|Akademik|E-Staf| E-Pelajar| Koleksi| Aplikasi |FAQ
Pengambilan Pelajar | Pengambilan Staf
 Utama>>Aplikasi Online >>Pengambilan Staf                                                 

  
 






KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST)
Science & Technology Islamic College

JAWATAN KOSONG

* Dapatkan Borang Permohonan & Iklan Jawatan Kosong
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14/Feb/2008

BORANG PERMOHONAN
(PENTADBIRAN)

BORANG dalam format PDF
IKLAN dalam format PDF

(klik kanan dan pilih "Save Target As.." untuk download iklan & borang)

IKLAN JAWATAN KOSONG

KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST)
Islamic College of Science & Technology (D4P0001)

Kampus Ibnu Sina, Lot 1798-1800, Mukim Telong,
16300 Bachok, Kelantan.
Tel : 09-778 7323 Faks : 09-778 7333
Laman web : http://www.kist.edu.my

Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut secara sepenuh masa bagi cawangan KIST Bachok, Kelantan.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) mempunyai tahap kesihatan yang disahkan oleh doktor yang bertauliah;
d) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; dan
e) kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
1. PENGURUS PROJEK
  • Mempunyai Ijazah dalam bidang Pengurusan Projek Kejuruteraan Awam.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan jambatan.
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan dan mempunyai dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
2. JURUTERA PROJEK
  • Mempunyai Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan jambatan.
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan dan mempunyai dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
3. PENYELIA TAPAK
  • Mempunyai Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan bangunan.
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan dan mempunyai dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
4. JURUKUR BAHAN/PEMBANTU JURUKUR BAHAN
  • Mempunyai Ijazah/Diploma dalam bidang Jurukur Bahan.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam kontrak pembinaan.
  • Graduan baru lepasan Ijazah digalakkan memohon.
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan dan mempunyai dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
5. PEMBANTU AKAUN (PROJEK)
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang Pengurusan Akaun.
  • Mempunyai Sijil Pra Perdagangan / Sijil Asas Simpanan Kira-Kira / SPM (Prinsip Akaun).
  • Mahir dalam mengendalikan komputer.
KEMUDAHAN & KELEBIHAN
* Caruman KWSP, Socso & Insuran Pekerja berkelompok.
* Kenaikan Gaji & Pangkat bergantung kepada prestasi    pekerja.
* Elaun Perumahan kepada mereka yang layak.
* Elaun Telefon kepada mereka yang layak.
* Elaun Kenderaan kepada mereka yang layak.
* Elaun Perjalanan semasa mengikuti program pemasaran    (marketing).
* Kemudahan kenderaan kepada mereka yang layak.
* Kemudahan uniform pekerja kepada semua staf.
* Kemudahan pinjaman/ biasiswa menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
 
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
b) Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil     temuduga.
c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak     berjaya.
d) Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di     kampus-kampus cawangan KIST.
e) Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan di Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan selama 3     bulan.
f)  Pemohon boleh mendapatkan borang & maklumat permohonan melalui laman web:
    http://www.kist.edu.my/perjawatan atau datang sendiri ke     pejabat KIST. Borang permohonan yang telah lengkap diisi     beserta dengan sijil perlu dihantar ke alamat di bawah:
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST)

Science & Technology Islamic College
Kampus Utama Ibnu Sina
Lot 1798-1800 Mukim Telong Kandis
16300 Bachok, Kelantan.
Tel: 09-778 7320, 09-778 7323, 09-778 7325
Faks: 09-778 7333
email :recruit@kist.edu.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
14 FEBRUARI 2008

HANYA PEMOHON YANG MEMENUHI SYARAT KELAYAKAN SAHAJA AKAN DIHUBUNGI UNTUK TEMUDUGA.

What is Adobe PDF?
Sila Download Acrobat Reader Disini Untuk                           Memaparkan Iklan dan Borang.



















 
Maklumat Umum

Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)
Kampus Utama Ibnu Sina
Lot 1798-1800 Mukim Telong
16300 Bachok
KELANTAN
Tel : 09-778 7323 Fax : 09-778 7333
emel : info@kist.edu.my

 

   

Powered by © 2006 IT Department | Designed by Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)
Best Viewed with (1024 x 768)