PENGENALAN
Perpustakaan
Kolej Islam Sains &
Teknologi (KIST) merupakan
gerbang ilmu kepada
semua warga kolej. Ia
memainkan peranan penting
sebagai sebuah pusat
pengurusan ilmu dan
maklumat global. Beroperasi
pada Ogos 2005, Perpustakaan
Kolej Islam Sains dan
Teknologi (KIST) ditubuhkan
selaras dengan penubuhan
KIST bagi membantu dalam
bidang pengajaran, pembelajaran
dan penyelidikan.
Perpustakaan ini menumpukan
koleksi bahan bercetak
dan maklumatnya lebih
kepada bidang psaikologi,
syariah dan bidang yang
berkaitan dengannya.
Perkembangan sumber
ilmu ini mampu memenuhi
keperluan pembelajaran,
pengajaran dan penyelidikan
kolej. Sebagai gerbang
ilmu, Perpustakaan sentiasa
berusaha menambahbaik
kualiti perkhidmatan
bagi mencapai objektif
dan matlamatnya disamping
mewujudkan suasana keilmuan
yang sihat dan menarik
untuk dimanafaatkan
oleh seluruh warga kolej
khususnya dan masyarakat
luar amnya.
MISI
Menjadi
sebuah Perpustakaan
Akedemik yang mempunyai
sumber bernilai dan
dapat memberikan perkhidmatan
yang berkualiti untuk
menyokong KIST sebagai
pusat kecermelangan
dalam pengajaran, pembelajaran,
penyelidikan dan pembangunan
insan yang menyumbangkan
ke arah kemajuan ilmu.
|
|
OBJEKTIF
1.
Menyokong kegiatan
Pembelajaran, pengajaran,
penyelidikan
dan pengembangan yang
dijalankan di KIST.
2. Memenuhi keperluan
maklumat kolej dalam
kegiatan pembelajaran,
pengajaran dan penyelidikan.
3. Berusaha memenuhi
keperluan maklumat
dalam penyebaran
maklumat kepada pelajar
dan staff.
4. Menyedia dan menguruskan
sumber-sumber maklumat
yang
relevan, berkualiti
dan terkini dalam
pelbagai bidang
yang berkaitan dengan
kursus yang ditawarkan
di
Kolej Islam Sains
dan Teknologi (KIST).
5. Menjadi perpustakaan
terbaik dari pelbagai
perspektif seperti
perkhidmatan, koleksi,
teknologi dan sumber
maklumat
terkini.
6. Mengoptimumkan
penggunaan pelbagai
kemudahan dan sumber
maklumat.
DASAR KUALITI PERPUSTAKAAN
Kami,
Staf Perpustakaan
beriltizam ke arah
kecemerlangan melalui
penerapan budaya kualiti
dalam perkhidmatan
perpustakaan menerusi
sistem pengurusan
kualiti yang sentiasa
dipertingkatkan untuk
memenuhi ekspektasi
pelanggan.
|