Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Rehabilitasi Perubatan

Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Rehabilitasi Perubatan (JRP). Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua

pengunjung laman web. Diharap semua kemusykilan anda terjawab di sini.

Coretan Ringkas JRP

Jabatan Rehabilitasi Perubatan atau JRP mempunyai 4 program dibawahnya. Ia terdiri daripada;

  1. Diploma Sains Senaman & Sukan
  2. Diploma Fisioterapi
  3. Diploma Terapi Carakerja
  4. Diploma Pengurusan & Perkhidmatan Makanan Halal.

 

JRP juga merupakan jabatan akademik terbesar di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) dan mempunyai lebih daripada 30 orang staf yang terdiri daripada pensyarah, instruktor klinikal & pembantu tadbir.

 

JRP turut bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti, antaranya:

Anjuran KIST:

  • Majlis Konvokesyen KIST
  • Program Khidmat Kesihatan dibawah slot Bersamamu di TV3
  • Minggu Mesra Siswa
  • Program Bakti Siswa (program anak angkat)
  • Program Promosi & khidmat masyarakat bersama KIST Graduate Intake (KGI)
  • Majlis sumbangan akhbar NSTP & Berita Harian kepada sekolah-sekolah terpilih di Kelantan
  • Majlis Lawatan Muhibah Universitas Negeri Medan (UNIMED) ke KIST

 

Anjuran JRP:

  • Program sukarelawan "Home for Life" dengan usaha sama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) & Habitat For Humanity.
  • Kursus Taping
  • Chocolate day
  • Program Pretend to be disable
  • Metamorphosis Physiotherapy (Ekspedisi Bukit Keluang)