|
DALAM NEGERI
ARKIB : 22/01/2009 Kakitangan KIST potong gaji untuk Palestin
AZMAN Abu Bakar (tiga dari kanan) menyampaikan
replika cek kepada wartawan Utusan Malaysia, Rodelio Junjun Taucan (kiri)
untuk Tabung Dana Kemanusian Palestin (Dakap) di Bachok, semalam.
BACHOK 21 Jan. – Kira-kira 300 kakitangan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di sini berkorban gaji mereka untuk satu hari bagi disumbangkan kepada tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM). Naib Presidennya, Dr. Mohd Azman Abu Bakar berkata, kolej tersebut berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM15,000 untuk tabung Dakap hasil daripada potongan gaji sehari semua kakitangan dan juga derma ikhlas para pelajarnya. “Semua 3,600 warga KIST termasuk 300 kakitangannya memberi derma untuk bantuan kepada penduduk Islam yang teraniaya di Palestin. “Kami telah melancarkan tabung ini pada 11 Januari dan semua staf di kolej ini menandatangani surat perjanjian pemotongan gaji sehari untuk didermakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
|