|
FORUM
ARKIB : 23/01/2009 SMS* MEMANG diakui taraf bola sepak Malaysia jauh lebih rendah berbanding UAE tapi jurulatih Malaysia tak wajar hina anak buah sendiri. Beliau pun bukannya hebat masa zamannya. BOBD * SETUJU dengan Sayang UMNO tapi pemimpin UMNO mesti tunjuk yang mereka juga sayang UMNO dengan tindakan yang betul. AMIN * KEBENARAN terbukti iaitu tidak semestinya ketua bahagian yang dipilih oleh perwakilan akan dipilih oleh rakyat terutama ahli UMNO. IDRIS69 * PILIH pemimpin disukai rakyat, bunyi cukup sedap tetapi tidak menjadi. di tempat saya, majoriti orang UMNO tetapi calon dari MCA. Sebab ada pemimpin UMNO gelap mata. Fikir fikirkanlah. RJ * UMNO akan menjadi parti yang terbaik jika mentadbir parti dengan berpandukan keseluruhan al-Quran dan Hadis. Insya-Allah parti ini lebih kuat dari Pas. 017-481XXXXX * SAYA setuju dengan tulisan Pengundi Atas Pagar pada 21 Januari lalu bahawa tidak guna turun minyak 10 kali pun, kalau harga makanan tak turun. ORANG MISKIN * SUNGGUH menghairankan dalam isu Palestin, PBB tidak pernah menghantar pasukan pengaman antarabangsa. Dicadangkan negara-negara OIC mewujudkan pangkalan tentera. 019-306XXXX * MULIANYA hati kakitangan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) sanggup potong gaji untuk membantu Palestin. Semoga menjadi contoh kepada pihak-pihak lain. KIENA KL * PENDATANG asing tanpa permit semakin bertambah di Kg. Kok Talang N. Sembilan. ketua kampung dan pihak berkuasa tidak ambil kisah. MAN D'KOK * KEPADA pihak pengurusan Felda Bukit Rokan Utara, bila nak buat bayaran hasil sawit dari bulan Julai hingga Disember 2008? Kenapa hasil sawit dibayar enam bulan sekali? GEN 2 * UNTUK mengurangi kes ragut, mencuri di pasar raya dan kedai runcit, pihak majikan sepatutnya beri peluang kerja pada orang tempatan. OGY n HARAP YDP PBT Alor Gajah arahkan pegawai penguat kuasa lihat sendiri bahu Jalan Gangsa Taman Sri Bayan yang kotor dengan pasir. SBL * HARAP DBKL peka dengan situasi di Pasar Pudu ruang peniaga lebih jauh lapang berbanding dengan ruang pembeli yang sempit muat untuk 2 baris orang sahaja. POLIS PENCEN
|