DIPLOMA FISIOTERAPI
KP/JPS (KA 8427) 09/13 [(PA 8427) 01/12] - KIST Kampus Utama Ibnu Sina

PENGENALAN PROGRAM

Fisioterapi merupakan salah satu bidang perubatan yang berperanan dalam membantu pesakit yang mengalami ketidakupayaan melakukan aktiviti fizikal yang disebabkan oleh kecacatan anggota badan dan sebagainya. Para pelatih fisioterapi yang mengikuti program Diploma Fisioterapi ini akan menjalani proses pembelajaran teori dan praktikal yang intensif. Penekanan teori pelatih adalah merangkumi segala aspek perubatan termasuklah asas-asas anatomi dan fisiologi serta ilmu-ilmu dalam perawatan fisioterapi. Bagi penerapan praktikal pula, para pelatih akan mengikuti latihan amali yang meliputi semua bidang pengkhususan rawatan seperti kardiorespiratori, muskuloskeletal, neurologi dan sebagainya.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian Diploma Fisioterapi adalah selama 3 tahun dan pengendalian kursus ini adalah secara sepenuh masa.

Minimum : 3 Tahun (6 semester)
Maksimum : 4 tahun (8 semester)



SYARAT KELAYAKAN MASUK

Terbuka Kepada Lelaki & Wanita.

Bagi Pelajar Aliran Lain
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran Temasuk
- Sains atau Matematik
- Lulus Bahasa Melayu

ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

Bagi Pelajar Aliran Sains
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan 3 Kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta
- Lulus salah satu mata pelajaran Sains Dan Bahasa Melayu

ATAU
Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

PROSPEK KERJAYA FISIOTERAPI

Pelatih yang berjaya menamatkan pengajian diploma fisioterapi mempunyai pelbagai pilihan kerjaya samada dalam sektor kerajaan mahu pun swasta. Seorang ahli fisioterapi boleh menyumbangkan kepakaran mereka

- di hospital-hospital kerajaan, swasta, klinik-klinik persendirian dan pusat-pusat kesihatan
- lapangan sukan seperti majlis-majlis sukan negeri atau negara dan pusat-pusat latihan sukan
- syarikat perindustrian dan kilang-kilang

PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:




Jabatan @ KIST
Diploma Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Sains Senaman & Sukan
Teknologi Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Terapi Carakerja
Pembantu Farmasi

Fisioterapi

Psikologi
Pengajian Syariah
Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Kembali Ke Menu Profil