DIPLOMA PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN MAKANAN HALAL
KPT/JPS(KA9501)04/14 [(PA9501)09/12] - KIST Kampus Utama Ibnu Sina

PENGENALAN

Makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi penting dalam melahirkan rakyat yang sihat. Ia juga merupakan faktor persaingan dalam ekonomi global dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Polisi Pertanian Negara untuk alaf baru memberi tekanan kepada isu keperluan makanan yang mencukupi dan memenuhi cita rasa pengguna. Teknologi juga memberi impak kepada pengeluaran dan kualiti serta daya pemasaran dalam industri makanan hari ini.

Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal merangkumi aspek penghayatan hukum Islam dalam sains makanan. Sains Makanan memberi tumpuan kepada pengeluaran, pemprosesan, pengawetan, pemasaran dan pengambilan makanan. Konsep yang sama turut boleh diguna dalam penghasilan kosmetik. Penghayatan Hukum Islam pula memfokus kepada kesucian proses perolehan makanan dan penggunaan atau aplikasi berkaitan hukum-hukum agama terutamanya isu halal dan haram. Paduan kedua-dua aspek ini boleh menghasilkan produk makanan berasaskan konsep Halal & Tayyibah. Selain itu, kursus ini juga melibatkan aspek pengurusan perniagaan. Aspek ini penting dalam industri makanan yang melibatkan pemprosesan dan pengeluaran makanan serta aktiviti pengurusan yang merangkumi pengendalian pembelian dan pemasaran, peraturan dan undang-undang syarikat, pemantuan serta kawalan kos.

Program ini dibentuk untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja untuk menampung keperluan tenaga manusia dalam industri makanan negara tetapi diharapkan boleh membantu menangani isu semasa berkaitan isu halal dalam makanan di peringkat global. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri di institusi terpilih dan latihan ilmiah untuk mendapatkan pengalaman penyelidikan di makmal. Graduan yang dihasilkan boleh menceburi industri kosmetik selain perkhidmatan makanan serta berkhidmat dengan agensi seperti PORIM, MARDI, SIRIM dan lain–lain.


OBJEKTIF

• Melahirkan graduan yang berpengetahuan mengenai aspek perkhidmatan makanan dalam konteks membina warga negara yang sihat.
• Melahirkan graduan yang kreatif dan mempunyai kemahiran bagi mengaplikasi hukum Islam dalam Pemprosesan dan Teknologi Makanan
• Melahirkan graduan yang mampu berdikari dan menyumbang kepada pembangunan industri makanan negara

PERLAKSANAAN KURSUS

  • Minimum : 3 tahun (6 semester)


SYARAT KELAYAKAN

Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran ; atau kelayakan lain yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

ATAU

Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya


PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:




Jabatan @ KIST
Diploma Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Sains Senaman & Sukan
Teknologi Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Terapi Carakerja
Pembantu Farmasi
Fisioterapi
Psikologi
Pengajian Syariah
Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Kembali Ke Menu Profil