| Dewan & Bilik Kuliah |
![]() |
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) menyediakan dewan dan bilik kuliah yang selesa dan dilengkapi dengan bahan pengajaran yang terkini. Setiap dewan & bilik kuliah dilengkapi dengan peralatan audio, komputer, LCD Projector dan alat visualizer yang terkini. |
| Makmal Ketrampilan Al-Zahrawi |
![]() Makmal Ketrampilan Paramedik ini di kenali sebagai Makmal Ketrampilan Al-Zahrawi, dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Abdul Latiff bin Ahmad - Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 10 September 2006. Makmal ini telah dilengkapi dengan kelengkapan & kemudahan seperti wad simulasi di sesebuah hospital bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar di dalam bidang kejururawatan dan pembantu perubatan. |
| Makmal Pengimejan Diagnostik |
![]() |
Makmal Pengimejan Diagnostik dilengkapi dengan kelengkapan & kemudahan mesin x-ray seperti di sesebuah hospital bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar di dalam bidang diagnostik radiografi. Antara kemudahan disediakan ialah automatic film processor, computed radiography, xray machine, digital imaging system, day light system, chest stand, dehumidifier dan ventillation. |
| Makmal Komputer & ICT |
![]() |
Makmal Komputer ini telah dilengkapi dengan komputer dan capaian internat dalam usaha memberi kemudahan teknologi maklumat kepada pelajar-pelajar KIST. |
| Perpustakaan Ibnu Sina |
![]() |
Perpustakaan Ibnu Sina merupakan gerbang ilmu kepada semua warga kolej. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat global. Perpustakaan ini dilengkapi koleksi buku ilmiah dan maklumatnya lebih kepada sains kesihatan, psikologi, pengajian syariah dan bidang-bidang pengajian yang lain. Perpustakaan ini mampu memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KIST. |
| Kolej Kediaman |
|
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) menyediakan penginapan yang selesa kepada semua pelajarnya. Terdapat 11 buah Kolej Kediaman Pelajar yang dinamakan mengikut lokasi penginapan. Kolej Kediaman Cempaka , Kolej Kediaman Sri Telong, Kolej Kediaman Persisir & Kolej Kediaman Kandis, Kolej Kediaman Hj Shukri, Kolej Kediaman Mawar, Kolej Kediaman Dahlia, Kolej Kediaman Kenanga Kolej Kediaman Beris, & Kolej Kediaman Aman. |
| Surau |
![]() |
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) mempunyai surau yang boleh menampung sehingga 1000 orang jemaah pada satu masa. Disamping ruang solat yang luas, Surau ini turut dilengkapi dengan sistem pembesar surau, bilik rehat, bilik persalinan, tandas, bilik air dan lain-lain kemudahan untuk kegunaan pelajar, staf dan pelawat. |
| KIST Mall |
![]() |
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) mempunyai sebuah mini market yang dinamakan KIST Mall. Penubuhan KIST Mall adalah hasil cetusan idea daripada Pihak Pengurusan KIST sendiri yang mahu melihat KIST mempunyai sebuah mini market bertujuan untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan
kepada staf & para pelatih. |
| Sukan & Rekreasi |
![]() |
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) menyediakan kemudahan bagi aktiviti sukan dan rekreasi untuk kegunaan pelajar dan staf. Pada 19-21 Julai 2007, KIST telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjadi urusetian/tuan rumah Kejohanan Sukan IPT Kelantan '07. Kejohanan tersebut disertai oleh semua IPTA/IPTS di negeri Kelantan. KIST juga mempunyai kemudahan rekreasi seperti tasik & kawasan perkhemahan. Selain itu, Kampus KIST terletak berhampiran dengan kawasan Pantai Telong, Bachok, yang bersih & indah, memberi peluang kepada para pelajar untuk berekreasi pada waktu petang selepas waktu kuliah. |
| Pengangkutan |
![]() |
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) menyediakan kemudahan kitaran bas untuk pergerakan pelajar ke kampus dari setiap kolej kediaman. KIST juga mempunyai kemudahan kenderaan kolej (van & kereta) untuk kegunaan staf yang melibatkan urusan kolej. |










