DIPLOMA SAINS SENAMAN & SUKAN - KP/JPS(KA 8290)10/12

PENGENALAN

Program Diploma Sains Senaman dan Sukan adalah betujuan bagi melahirkan ahli profesional dalam bidang sains senaman dan sukan dan kaitannya dengan kesihatan yang mampu melaksanakan penilaian kecergasan, kaunseling, preskripsi senaman dan perkhidmatan kepimpinan. Graduan berkebolehan mengenalpasti keperluan dan menggubal program bagi individu atau kumpulan sasaran dalam mencapai matlamat dan objektif kesihatan dan kecergasan. Graduan juga mampu mempamerkan kebolehan mengurus dan mengendali kemudahan serta peralatan gimnasium atau pusat kecergasan dan program promosi kesihatan dan kecergasan.

 

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN


Mengeluarkan graduan Sains Senaman dan Sukan yang:

  1. Mampu merangka dan melaksanakan program senaman yang sesuai dengan keperluan golongan tertentu.
  2. Menerangkan prinsip pemakanan berkaitan senaman dan kecergasan kepada klien.


TEMPOH PENGAJIAN

Minimum : 3 tahun (6 semester)
Maksimum : 4 tahun (8 semester)

KELAYAKAN KEMASUKAN

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta

- Lulus dalam Mata Pelajaran Matematik
- Atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
ATAU
- Lulus Sijil Sains yang ditawarkan di KIST atau yang setaraf dengannya.

 

PELUANG KERJAYA

Ahli sains senaman dan sukan yang berkualiti sangat diperlukan bagi menjayakan kempen gaya hidup sihat yang dirancang oleh pihak kerajaan. Perkembangan kesedaran dan minat masyarakat terhadap kepentingan senaman dan sukan telah meningkatkan permintaan terhadap graduan sains senaman dan sukan. Bidang kerjaya graduan-graduan kursus ini adalah pelbagai meliputi sektor awam dan swasta.

Di antara peluang kerjaya yang bersesuaian dengan graduan Diploma Sains Senaman dan Sukan adalah seperti:

  1. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  2. Instruktor Kecergasan
  3. Ahli Fisiologi Senaman
  4. Instrukttor Senaman Berkumpulan
  5. Penasihat Pemakanan Sukan
  6. Ahli Suaian Fizikal
  7. Ahli Biomekanik
  8. Jurulatih Sukan

 

PINJAMAN

Pihak kolej membantu pelajar yang layak untuk memohon pinjaman daripada:

 



Jabatan @ KIST
Diploma Kejururawatan
Pembantu Perubatan
Diagnostic Radiography
Sains Senaman & Sukan
Teknologi Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
Terapi Carakerja
Pembantu Farmasi
Fisioterapi

Psikologi
Pengajian Syariah
Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Kembali Ke Menu Profil